Sertai kami di Facebook
Latest News

Sistem Maahad

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Friday, December 3, 2010, under | 1 comments
Di sini kami ingin menjelaskan sedikit sebanyak cara sistem di sekolah ini berjalan..agar mudah difahami..:)

seperti yang di jelaskan.. kami mempunyai 3 sistem pangajian.

1-Diniah (agama) > Kafa,Pafa, sdea, sra , smra , stam

2-Akademik > kbsr , upsr , pmr, spm.

Di sini kami menggabungkan pembelajaran Diniah dan Akademik bermula dari pukul 8.00 pagi - 3.30 petang

3-Tahfiz(mengahafaz Al quran) > juzuk2 tertentu

Dan Masa bagi mengahafaz al quran, kami wajibkan setiap pelajar (dari darjah 1- ke tingkatan 6) untuk menghafaz Al quran selama 1 jam diantara tempoh pengajian (8.00pagi-3.30petang) mengikut jadual dan waktu yang di tetapkan bagi setiap kelas.

4- Tahfiz sepenuh masa > 30 juzuk

Tahfiz sepenuh masa ini pula ianya berasingan dengan pelajar sekolah yang lain, kerana mereka hanya menghafaz al quran sepenuhnya dan hanya 1 jam sahaja waktu pembelajaran akademik dan diniah. waktu pembelajaran juga agak panjang berbanding biasa. ( dari jam 8.00pagi-3.30 petang, dan kembali ke sekolah pada waktu malam)

10 ORANG CAPAI 5A DALAM UPSR

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Wednesday, November 10, 2010, under | 0 comments

ALHAMDULILLAH SEKOLAH MITT TELAH DIBERI ANUGERAH OLEH ALLAH ..DENGAN SERAMAI 10 ORANG PELAJAR TAHUN 6 DAPAT MENCAPAI KEPUTUSAN (5A) DALAM PEPERIKSAAN UPSR BARU2 INI..
TAHNIAH DIUCAPKAN DAN MARILAH SAMA2 KITA MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA ALLAH DI ATAS ANUGERAH INI..
SYABAS DIUCAPAKAN DI ATAS USAHA YG TELAH DILAKUKAN .

SELAMAT MENEMPUH KE ALAM MENENGAH..:)


MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA ALLAH ADALAH JALAN YANG TERBAIK .. DAN MENDOAKAN GURU2 DAN IBU BAPA...

PROGRAM TAHFIZ / KELAS BAHASA ARAB MUSIM CUTI

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Tuesday, October 19, 2010, under | 2 comments

(sekadar gambar hiasan)
PROGRAM TAHFIZ MUSIM CUTI
  • TARIKH : 22 NOV - 24 DIS 2010 (ISNIN - JUMAAT)
  • MASA : 8.00 AM - 3.00 PM
  • KELAYAKAN: TERBUKA KEPADA PESERTA BERUMUR 7-18 TAHUN / LELAKI DAN PEREMPUAN.
  • PEMBIMBING : GURU-GURU TAHFIZ / PARA HUFFAZ YANG BERPENGALAMAN.
  • YURAN PENYERTAAN: RM 200.00 TERMASUK MAKAN DAN SIJIL PENYERTAAN.
  • AKTIVITI : HAFAZAN - SOLAT FARDHU DAN SUNAT - MAKTHURAT - TAZKIRAH DAN FARDHU AIN.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
  • UST KHIRUL MUNTANAZAR BIN ISMAIL ( 012-7008212)
  • USTZ NORASHIMAH BTE MUHAMAD ( 019-7757526)




(sekadar gambar hiasan)
KELAS BAHASA ARAB MUSIM CUTI

  • TARIKH : 29 NOV - 24 DIS 2010 (ISNIN - JUMAAT)
  • MASA : 8.00 AM - 2.00 PM
  • KELAYAKAN: TERBUKA KEPADA PESERTA BERUMUR 7-18 TAHUN / LELAKI DAN PEREMPUAN.
  • PEMBIMBING : GURU-GURU BAHASA ARAB.
  • YURAN PENYERTAAN: RM 200.00 TERMASUK MAKAN DAN SIJIL PENYERTAAN.
  • AKTIVITI :MENGENAK HURUF-HURUF ARAB - MEMBACA DENGAN FASIH LEBIH DARIPADA 400 PERKATAAN - BOLEH MENULIS DAN MENGEJA DALAM BAHASA ARAB - BOLEH BUAT KARANGAN RINGKAS YANG MUDAH DENGAN SENDIRI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

  • UST ANUAR BIN MAHADI ( 019-7689043)
  • USTZ MAHA BIN MUHAMAD ( 012 - 7920907)


DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM UPSR 2010

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Friday, September 17, 2010, under | 0 comments

DOAKAN KAMI DARI KELAS 6 AL BUKHARI DAN 6 AL MUSLIM BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM MENGHADAPI UPSR 2010 INI..
AMIIIN.. :)

Kepentingan Ilmu..(kitab Ilmu)

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Saturday, April 24, 2010, under | 0 comments
Kitab Ilmu

http://nizakamal.files.wordpress.com/2009/10/ilmu.jpg

Bab Ke-1: Keutamaan Ilmu. Firman Allah, "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" (al-Mujaadilah: 11), dan, "Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."('Thaahaa: 114)


(Saya berkata, "Dalam bab ini Imam Bukhari tidak membawakan satu hadits pun.")

Bab Ke-2: Seseorang yang ditanya mengenai ilmu pengetahuan, sedangkan ia masih sibuk berbicara. Kemudian ia menyelesaikan pembicaraannya, lalu menjawab orang yang bertanya.


42. Abu Hurairah r.a. berkata, "Ketika Rasulullah saw. di suatu majelis sedang berbicara dengan suatu kaum, datanglah seorang kampung dan berkata, 'Kapankah kiamat itu?' Rasulullah terus berbicara, lalu sebagian kaum berkata, 'Beliau mendengar apa yang dikatakan olehnya, namun beliau benci apa yang dikatakannya itu.' Dan sebagian dari mereka berkata, 'Beliau tidak mendengarnya.' Sehingga, ketika beliau selesai berbicara, maka beliau bersabda, 'Di manakah gerangan orang yang bertanya tentang kiamat?' Ia berkata, 'Inilah saya, wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Apabila amanat itu telah disia-siakan, maka nantikanlah kiamat.' Ia berkata, 'Bagaimana menyia-nyiakannya?' Beliau bersabda, 'Apabila perkara (urusan) diserahkan (pada satu riwayat disebutkan dengan: disandarkan 7/188) kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat."


Bab Ke-3: Orang yang Mengeraskan Suaranya mengenai Ilmu Pengetahuan

43. Abdullah bin Amr r.a. berkata, "Nabi saw. tertinggal (dari kami 4/91) dalam suatu perjalanan yang kami tempuh lalu beliau menyusul kami, dan kami telah terdesak oleh shalat (pada satu riwayat disebutkan: shalat ashar). Kami berwudhu, dan ketika kami sampai membasuh kaki, lalu beliau menyeru dengan suara yang keras, 'Celakalah bagi tumit-tumit karena api neraka!' (Beliau mengucapkannya dua atau tiga kali)."

TAZKIRAH 2010 -April Fool -

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Monday, March 29, 2010, under | 0 comments
April Fool - Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)



Sejarah April Fool



Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.



Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.



Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.



Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.



Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.



Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.



Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.



Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.



Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.



Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.



Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.



Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.



Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.



Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.



April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan



Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.



Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”



Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.



Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.



Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.



Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.



Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”



Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.



“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

KURSUS KEPIMPINAN (SAJ) KERJASAMA UTM DAN UTHM

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Wednesday, February 24, 2010, under | 0 comments









New chart for mitt (2010)

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Monday, January 11, 2010, under | 0 comments

(click the chart to view clearly)


(click the chart to view clearly)


Seminggu Cerita Pendaftaran & penjualan buku

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Wednesday, December 30, 2009, under | 0 comments
http://www.mosque.org.sg/al-khair/images/stories/madrasah/pendaftaran.jpg
( gambar hiasan)

salam semua..kami mengharapkan kesejahteraan dan keberkatan dari Allah melimpahi kamu semua...

pada 21-30 disember 2009 pihak sekolah telah membuka sesi pendaftaran bagi semua pelajar lama dan pelajar baru ..


sehingga kini penerimaan pelajar baru sudah mencecah 90 org ..kebanyakan dari mereka pelajar tahun 1..Alhamdulillah..

dan pendaftaran bagi pelajar lama pula ..bagi pelajar rendah hampir 30% yg masih lagi belum berdaftar..bagi menengah pula hampir 40%. yang masih belum berdaftar..

diingatkan supaya yang terlibat mendaftarkan diri secepat mungkin..kami maklum mungkin disana terdapat kesibukan..mendaftar adik2 ke sekolah2 baru.., masih bercuti, dll..

pembelian buku2 juga memberangsangkan cuma kami menghadapi sedikit masalah iaitu kehabisan bekalan buku2 ..tapi jangan bimbang kami akan ushakan unutk adik2 semua secepat mungkin..harap bersabar tau2

alhamdulillah sehingga kini masih ada lagi pelajar2 baru yang mendaftar ke MITT..selamat datang Adik2 semua..

semoga penghijrahan ini diberkati oleh Allah..

DI HARI UJIAN KELAYAKKAN 21 NOV 2009

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Sunday, November 22, 2009, under | 0 comments

Camping Unit Beruniform (SAJ SG LAYANG)

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ , under | 0 comments
Alhamdulillah baru2 ini pihak MITT telah mengadakan satu camping untuk unit beruniform ke SAJ pusat latihan syarikat air johor di Sg Layang..

Tujuannye adalah untuk mengadakan MAjlis PEnutup Dan PEnyampaian Sijil bagi Unit Beruniform
lalu diselitkan Program Camping ini..untuk memeriahkan lagi Program tersebut...

Mereka di sana selama 3 hari 2 malam..walaupun Hujan disebelah petang
ianya tidak melemahkan semangat adik2 kite nih...
untuk survival dengan masak makanan sendiri..menyiapkan khemah senidiri
dibantu sedikit oleh guru2 pengiring seperti Ust Adam, Ust Fadh, Ust Hafis,
Ust Faris, Ust Sarimin, Ustzah Mazni, Ustazah Farhana, Teacher Rosny, Ustazah Ruhi, Ustazah habibah, Ustazah haliza, ustzah huda,

MAjlis ini dirasmikan oleh UStaz Khirul Muntanazar selaku Guru Besar Sek Ren MITT..



PENGAMBILAN PELAJAR 2010

Posted by MAAHAD AL-ISLAMI TARBIYAH WAT TAHFIZ Monday, November 2, 2009, under | 0 comments
PENGAMBILAN PELAJAR 2010 TELAH BERMULA

KAUNTER PENDAFTARAN TELAH DIBUKA

30% DISKAUN UNTUK BAYARAN PENDAFTARAAN SEHINGGA 30 NOVEMBER INI.

DEMI UNTUK MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN